Monday, January 16, 2012

Awasi mulut anda

Assalamualaikum future husband orang dan future wife orang.

Masa aku belajar dekat sekolah dulu - dulu, eceh dulu macam lama sangat je tinggal sekolah baru dua bulan. Okay dekat sekolah dulu pernah lah belajar pepatah takpun orang putih kata proverb kan betul kan ? Haa ada pepatah cakap 'kerana mulut badan binasa' ye dak ? Aku setuju sangat lah dengan pepatah ni (sambil mengangkat sebelah tangan tanpa bulu ketiak dah cukur okay)

Memandangkan sekarang aku dah jadi salesgirl dekat kedai my mom tu kan, so I know lah both feelings of orang yang menjual dan orang yang membeli. And let me tell u one thing, it does not matter you are the seller or buyer both must be respectful towards each other lah. Orang kita ni suka expect others to respect you but then you sendiri tak respect orang lain so how ? Orang macam ni memang loser serius cakap.

My own experience as a buyer lah kan, I met this one auntie yang berbangsa blablabla ( maaf terpaksa dirahsiakan tidak mahu sebarang isu perkauman di sini ) and so sorry to say you were being so rude towards my mom and me myself. Dia ni kerja dekat food court lah, aku minta air lain air lain yang dia bagi, To be clear these the conversations between us,

Give me a cup of bandung cincau and milo ice
Okay bandung cincau satu, milo ice satu


A few minutes later......

Here bandung cincau dua
Eh auntie just now I order bandung cincau satu, lagi satu milo ice lah
Bukan you cakap dua bandung cincau ker ?
No lah, baik you check balik resit
Bandung cincau ni dah siap, ambil je lah tak kan nak buat lain rugi lah
Rugi or not that is not my problem, I order milo ice you yang salah. How do you expect me to accept this bandung cincau ? I tak minum air ni lah.
Bagi lah siapa siapa minum


Aku dah berasap gila time ni

I want my milo ice or else I won't pay for these both
Okay lah buat lah milo ice tu. Nah pay me RM 4.20 ( dengan muka ketat dia )

I paid and blah terus dari situ. Aku cakap baik - baik eh dengan dia, serious ni lagi lagi in front of mak aku memang aku cakap baik - baik lah kan. But this one auntie memang lah bagi aku mengucap panjang. Okay I can forgive for her mistake, maybe dia memang tak dgr kan okay I can understand that one. Tapi part yang dia suruh jugak aku beli air bandung cincau tu memang buat aku naik angin. Dah sah - sah aku nak air lain how come she expected me to buy that bandung cincau kan. Maybe some people might say ala beli jer lah air tu but not for me, dah lah aku tak minum bandung ! And air bandung tu boleh bagi dekat orang lain yang might order for it kan ? Lagi buat aku dengan mak aku joint venture sekali bengang bila dia dengan muka ketat memang tarik muka habis didn't say sorry langsung okay, memang takde manner. Dah malas nak cakap panjang, berbakul dosa aku nanti sabar je lah kan.

Itu cerita kalau jadi pembeli, kalau jadi penjual pulak macam aku ni jadi salesgirl memang kena sabar dengan kerenah pelanggan. Sangat kena sabar lagi lagi dapat yang banyak songeh tanya macam macam at last tak beli juga. Dah banyak kali kena banyak kali dah, takpe positive thinking je lah maybe dia datang next week ker takpun next month kalau next year pun takpe kan. So far aku takde lah nak maki lagi ker apa kan, but nak share story pasal one of my friend, Ayu dia jadi salesgirl dekat kedai kasut. Faham lah kan orang kejap nak size tu kejap nak size ni. If kau kaki size 6 mula mula minta size 5 aku faham lah jugak tak jauh bea berapa inch sangat kan, tapi kalau dah tau kaki tu size 10 yang gatal pi mintak size 7 awat ? Lepas tu mintak sampai 3 4 pasang kasut end up beli satu jer. Salesgirl mana tak mencarut dalam hati ? Sabar lah ye.

Bagi aku lah kan the most important thing kena sabar. Tapi sabar pun ada limit kan ? That is why both sides kena respect each other. You as the seller layan lah customer tu elok - elok kan, dan kita sebagai pembeli memang lah ada hak pembeli semua but jangan lah salah guna pulak kan. Kalau kena gaya, semua benda pun okay tak payah lah sampai nak bertekak last last dua dua rugi. Lain orang lain ragam, so jangan gaduh - gaduh settle benda baik baik oaky. Tak perlu lah keluar kan kata kesat ker apa, nanti tak pasal pecah pulak mulut tu.

Mulut jangan banyak nak bercakap, senyum banyak takpe. Assalamualaikum.

Saturday, January 14, 2012

Masih tercari idea

Assalamualaikum brother - brother kacak dan kakak - kakak omey.

Boleh tahan lama aku bertapa kali ni kan. Bukan apa, nak berehat kejap. Rehat daripada dunia luar, penat memerah keringat. Ceh beria macam nak perah santan je bunyi payahnya.

Mesti korang terfikir apa yang aku buat kan ? Yela nak kata study memang tak lah, kerja hmm kerja lah tapi macam tak jugak. Hari - hari aku pergi berjalan, tapi tak payah guna kaki pun aku berjalan. Haaa terkejut tak ? Tak ? Baru nak menyuntik unsur- unsur suspen dalam ayat ambik kau ayat karangan bm dah keluar.

Aku sekarang rajin buat blog walking sebenarnya. Ewah beria nak bahasa omputih yela aku berjalan ke blog - blog. Eh lagi pening aku rasa ? Okay aku berjalan - jalan ke blog ? Eh apakah ? Abaikan lah aku tau korang faham je maksud blog walking tu kan, saje nak buang masa korang yang tak berapa nak berharga tu baca entry ni panjang - panjang.



Dalam misi pengembaraan aku tu, banyak lah blog - blog famous di seantero dunia ni yang aku dah jejak. Yang paling menarik hati kalbu jiwa dan raga aku sehingga tak berkedip mata membaca pun ada, sumpah aku baca sehingga ke titisan air mata yang terakhir kot. Habis make up mak ngah tau silap aku maksu.

.............. ( tiba tiba hilang idea tengok anak cina mana lalu depan aku, omey nye tampo kang )

Back to the topic earlier (bajet omputih lagi) sebenarnya ada sebab musabab aku buat blog walking ni. Aku mmg insan yang tak suka buat sesuatu benda tanpa sebab lagha tau tak lagha ! Over kemain tapi betul lah betul aku tipu haha tak lawak lagi.

Aku ni dah kering idea tu yang beria nak buat blog walking segala. Alang - alang dah jejak blog, apa lagi curi idea lah. Wooo wooo jangan curi dosa kot potong jari kang haaa ! Aku nak tengok cara penulisan diorang je sebenarnya. Yela masa spm tak sibuk pulak nak tengok cara penulisan dalam buku contoh karangan spm kan. Aku tak minat lah memang tak pernah ada dalam simpanan buku cenggitu, buku bank simpanan ada lah.

Ada lah satu dua tiga blog yang aku minat dengan cara diorang share their stories with the readers, the way of writing. Nak kata aku ni baru berjinak dalam dunia ke-blog-an ni tak lah jugak, almost 3 years dah bergelumang tapi tak pernah nak kekal menulis. Takde passion dalam penulisan lagi kot.

But I'll try to improve my writing skills lah so that you guys don't get bored easily. Dah macam bagi alasan dekat cikgu bahasa inggeris pulak kenapa dapat gred A jer semedang tak mampu nak terjun pergi A+ pulak kan.

So blogging is going to be one of my hobby and passion tu diaa dah pandai passion passion pulak haha. Tak salah sebenarnya menulis ni, blog hanya merupakan satu medium kalau pandai tulis baik lah hasilnya kalau kurang pandai maka kurang baik lah hasilnya.

Perut dah memanggil untuk di isi, murah rezeki chicken chop ye hari ni. Senang hati lah berat makin bertambah bertan - tan. Till then semuaaa, ex oh ex oh (xoxo la!)

Assalamualaikum.


FA

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday #1


A guy and a girl can be just friends, but at one point or another, they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever.